pre{background:#efefef;border:1px solid #A6B0BF;font-size:120%;line-height:100%

Nuffnang Ads

Saturday, August 13, 2011

7 peringkat SOLAT

1. Sembahyang orang jahil

Pengetahuan fardhu ain tak lengkap, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih keliru. dan tak berusaha pula nak belajar. Inilah dia yang dinamakan orang beramal tanpa ilmu


Hakikatnya: Orang sebegini seperti tidak sembahyang. Amalanya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling hadapan atau pun membaca surah yang panjang2 ketika sembahyang.


2. Sembahyang orang lalai


Orang yang mengetahui fardhu ain dengan lengkap, tapi bila bermula sahaja angkat takbir fikiranya melayan pelbagai perkara. Sekejap teringat, sekejap melayang2, samapikan barang yang hilang pun boloh teringat balik dalam sembahayng. Terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba2 sahaja sudah toleh kanan toleh kiri...sembahyang selesai.


Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. ALLAH hadiahkan neraka Wail untuk orang yg lalai dalam sembahyangnya.


3. Sembahyang bukan kerana ALLAH


Kita sembahyang sebab ALLAH suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang yg sembahyang atas sebab lain contohnya nk ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member dan sebab lain.


Hakikatnya: ALLAH tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNYA, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sunguh2.


4. Sembahyang orang mujahadah


Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kene sentiasa ingt ALLAH. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.


Hakikatnya: Terpulang pada ALLAH nk ampun atau nk azab. Orang kategori ini kne banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.


5. Sembahyang orang yang soleh


Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yg disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.


Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yg perlu diusahakan supaya selamat di sisi ALLAh dan ia juga mencegah diri drp melakukan keji dan mungkar.


6. Sembahyang para wali


Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dn sujud benar2 rasa hina dan rendah diri dihadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.


Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikamt sembahyang yg tidak terucap juga dapat dirasai.


7. Sembahyang para nabi dan rasul


Sembahyang seorang hamba yg tenggelam dalam keagungan ALLAH. tidak dapat digambarkan indah dan nikmatnya.


renung2kan lah wahai muslimin dan muslimah...semoga kita mendapat keberkatan dalam sembahyang yg kita kerjakan.AMIN.

No comments:

Post a Comment