pre{background:#efefef;border:1px solid #A6B0BF;font-size:120%;line-height:100%

Nuffnang Ads

Saturday, August 13, 2011

7 cara bersahabat kerana ALLAH

1) Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.


Nabi SAW telah bersabda: " Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temanya".(Hr Abu Daud)


2) Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatya tanpa pengetahuanya.


Nabi SAW bersabda: "Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaraya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata:


"Engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(Hr Muslim)


3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.


"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria".(Hr Muslim)


4) Segera bersalaman ketika bertemu dengan temanya.


Nabi SAW bersabda:

"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)


5) Amalan ziarah-menziarahi


Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."


6) Memberi hadiah


Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akn berkasih sayang".(Hr Thabrani)


7) Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan


Nabi berpesan: " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan". (Hr Hakim)

7 peringkat SOLAT

1. Sembahyang orang jahil

Pengetahuan fardhu ain tak lengkap, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih keliru. dan tak berusaha pula nak belajar. Inilah dia yang dinamakan orang beramal tanpa ilmu


Hakikatnya: Orang sebegini seperti tidak sembahyang. Amalanya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling hadapan atau pun membaca surah yang panjang2 ketika sembahyang.


2. Sembahyang orang lalai


Orang yang mengetahui fardhu ain dengan lengkap, tapi bila bermula sahaja angkat takbir fikiranya melayan pelbagai perkara. Sekejap teringat, sekejap melayang2, samapikan barang yang hilang pun boloh teringat balik dalam sembahayng. Terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba2 sahaja sudah toleh kanan toleh kiri...sembahyang selesai.


Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. ALLAH hadiahkan neraka Wail untuk orang yg lalai dalam sembahyangnya.


3. Sembahyang bukan kerana ALLAH


Kita sembahyang sebab ALLAH suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang yg sembahyang atas sebab lain contohnya nk ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member dan sebab lain.


Hakikatnya: ALLAH tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNYA, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sunguh2.


4. Sembahyang orang mujahadah


Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kene sentiasa ingt ALLAH. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.


Hakikatnya: Terpulang pada ALLAH nk ampun atau nk azab. Orang kategori ini kne banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.


5. Sembahyang orang yang soleh


Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yg disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.


Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yg perlu diusahakan supaya selamat di sisi ALLAh dan ia juga mencegah diri drp melakukan keji dan mungkar.


6. Sembahyang para wali


Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dn sujud benar2 rasa hina dan rendah diri dihadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.


Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikamt sembahyang yg tidak terucap juga dapat dirasai.


7. Sembahyang para nabi dan rasul


Sembahyang seorang hamba yg tenggelam dalam keagungan ALLAH. tidak dapat digambarkan indah dan nikmatnya.


renung2kan lah wahai muslimin dan muslimah...semoga kita mendapat keberkatan dalam sembahyang yg kita kerjakan.AMIN.

buat kaum hawa

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".

(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)


Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang

soleh...insyaAllah.

Wednesday, February 23, 2011

saat2 jatuh cinta (^_^)

Jika anda ingin tahu bahwa anda telah jatuh cinta dengan seseorang adalah :

• Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
• Anda akan sentiasa merindukan dia.
• Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
• Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
• Apabila anda berpikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup keras.
• Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
• Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
• Anda akan mulai mendengar lagu yang berirama balada.
• Dia sentiasa di pikiran anda.
• Anda akan sentiasa terhirup baunya.
• Anda menyadari bahwa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
• Anda akan lakukan apa saja untuk dirinya.
• Apabila anda membaca ini, pada masa yg sama, ada seseorang di dalam pikiran anda.

keheBatan Cinta

Pernahkan kamu merasakan, bahwa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi?
Dan meski kamu tahu cintamu takkan berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya?

Pernahkan kamu merasakan, bahwa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai meski kamu tahu, ia takkan pernah peduli? Ataupun ia peduli dan mengerti tapi ia tetap pergi?

Pernahkan kamu merasakan hebatnya Cinta?
tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah?

Aku pernah tersenyum meski kuterluka,
karena kuyakin Allah tak menjadikannya untukku
Dan aku pernah menangis kala bahagia,
karena ku takut kebahagiaan cinta ini akan sinar begitu saja

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
karena ku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti
Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
karena sekali lagi “cinta tak harus memiliki”
dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku
Aku tetap bisa mencintainya, meski ia tak dapat kurengkuh dalam pelukanku,
karena memang cinta ada dalam jiwa, bukan dalam raga.***

senYuman ;)

Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih dari mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintai dan menyukai anda. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan sentiasa menghormati anda.